Thursday, October 15, 2009

Dialog Syaitan Gemuk Dan Syaitan Kurus

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang. Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai." Lantas berkata syaitan orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian." Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kembali kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu.

fat is beauty...

hye readers...

this is my 1st post...hmm just nk share a little bit about myself..aku ni seorg insan biasa yg dilahirkan dlm keluarga yg serba serbi sederhana..tp ape pun aku bersyukur di lahirkan di dunia yg indah ini.

aku creat blog ni bukan untuk suka2 tp aku nk cari kawan lebih ramai yg buleh share segala2nya especiali tentang GEMUK.isu ni boleh dikatakan sensitif jugak la.terus terang aku tak suka perkataan gemuk tue..lebih baik digantikan dengan tembam or berisi..tu lebih manis.Actuali aku tergolong dlm kumpulan ni.sememang nye agak menyakitkan bila dh terketegorikan sebagai kumpulan ni.macam-macam kutukan or kata-kata yng menyakitkan dah biasa aku dengar selain sukar mencari saiz baju dan seluar...

so aku di sini ingin sekali mencari rakan2 yg boleh berkongsi tentang ape2 aje berkaitan G ni.klu ada yg dulu gemuk tp kini dah kurus tu share la caranya yek..

lastly aku wakil dr mereka2 yang tergolong dalam kumpulan ni nk bagitau bukan lah pinta kami untuk jadi macam ni..semua orang impikan untuk jadi solid-molid dan menarik.tp sebenarnya setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan keistimewaan tersendiri.actualy org mcm kami juga cantik...dan sebab itu ada tertulis 'Fat is beauty'...